5.Preview dan save!

Friday 4 January 2013

Entry Syok Sendiri

Sebenarnya entry ni ditulis kat tempat kerja sambil membuat kerja.. ( betul.. tak tipu..)
Cuti panjang tak buat apa... kata cuti kan?
Bila masuk kerja, kelam kabut  kepala nak tercabut.
Hahah.. kita take ten kejap... tarik nafas...

Tema: Vain dalam kereta selepas balik kerja
( Maafkan tiga biji tahi lalat di pipi tembam,
satu kesan jerawat di dagu dan kemelekitan  sebab berpeluh)
Haruslah tepek muka sendiri dalam blog sendiri...
Gambar kamera handphone takde unsur edit selain tambah boarder je.
Ada dua perkara nak dibincangkan di sini:

1. Ahkak dah jadik geng Ephyra!

Sejak umur semakin meningkat ni mulalah risau.
 Muka kusam. Ada fine line. Ada eyebag. Ada dark circle. Ada pori-pori kelihatan. Apa je takde. You name it, I have it. Hahaha...
So saya kan pembaca tegar blog Kak Di Green Apple. Sejak dia promote Ephyra lama dulu, memang nakk sangat cuba.
( Ala, apa benda yang Kak Di promote kau tak terpengaruh,Linn..? )

Tapi saya cuba lebih bersabar dulu.
Maklumlah, benda bukan murah. Kemudian banyak baca testimoni. Kemudian dia buat promotion pulakk... saje lah ni nak menguji keimanan.
Kalau sekali takpe,... eh dia promote harga diskaun lagi... Ok ok.. untuk tak menghampakan diri sendiri, saya terus emel Kak Di. Setel.

Saya tak dapat letak gambar sendiri. Henpon tengah bengong. Habis gambar banyak hilang. Nasib baik ada gogel pakcik Manan ...

Free promo: Marilah kita jadi geng Ephyra..!

Betul Ephyra sedap kalau campur dengan full cream milk. 
Feeling-feeling tutty fruity kononnya. Pagi-pagi sebelum pergi kerja gigih bancuh Ephyra. Terpaksa saya bangun awal sikit takut tak sempat. 
(Nampak sangat waktu awal pagi kau selalu terkocoh-kocoh..heh..)

Satu kotak ada 30 sachets ngam-ngam untuk sebulan.
 Hari tu ada 3-4 kali bancuh sekali untuk En Abang.     Dia pun suka sebab Ephyra ni bagi energy, tidur malam lena semua tu. Tapi sekali tu dia kata nak stop dulu. Sebab kat office dia ada budaya pekena kopi tongkat ali bergelas-gelas. Agaknya bila minum Ephyra , berlawan dengan tongkat ali . Sampai rumah, dia tak boleh tidur. Tapi bagus jugak. Jimat stok ahkak.. :)

Tujuan utama minum Ephyra ni selain untuk energy tentulah untuk penjagaan kecantikan kan . Selepas minum hampir 2 minggu boleh rasa pada kulit muka. Rasa moist sangat walaupun malas pakai night cream. Saya ni memang jenis tak boleh hidup tanpa moisturiser walaupun hanya rajin pakai siang . Malam malas. Acaner tu? Kira Ephyra ni bantu secara dalaman la sebab dia ada collagen semua. Kalau sapu-sapu cream tu, penjagaan luaran je kan.

Rambut pun sama.
 Saya memang ada masalah keguguran rambut yang bila sekali cuci rambut, kita boleh nampak segumpal rambut dekat lubang bilik air tu. Ngeri ok. Tapi sekarang alhamdulillah, rambut kita nampaknya lebih sihat, lebih berkilat dan kurang gugur. Macam tak percaya.  Best best...

Nak share info kandungan Ephyra boleh klik sini:

9 wonders of nature’s miracles from east and west in EPHYRA™



Siapa malas nak klik, baca jelah ringkasan di bawah:

Kelebihan EPHYRA

  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  3. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  4. Formula anti penuaan yang berkesan
  5. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  6. Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi
  7. Melancarkan system pencernaan dalam badan
  8. Mengurangkan kadar kolesterol
  9. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  10. Meningkatkan system imunisasi anda
  11. Mengatasi masalah imsonia
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme
  13. Melegakan sakit dan radang sendi
  14. Menjaga kesihatan kardivaskular


Hari tu beli 2 kotak je. Sekotak dah habis separuh. Tinggal lagi sekotak. 
Tiba-tiba panik takut stok Ephyra habis. Kak Di pulak announce harga promotion esok (hari ni ) last day. Terus emel dia balik. Tapi kali ni cuba nasib tanya, boleh tak nak booking harga promo tapi nak bayar gaji hujung bulan. Aiseh.. malu, tapi terpaksa tanya. Budget shopping I dah takde dah untuk bulan ni sebenarnya. Tapi gatal nak membeli jugak. Mujur Kak Di kata boleh. 
Terus I bank in deposit untuk booking kat dia.

2. Kak Di wannabe?

Hampeh punya Kikin sebab dia yang bagi statement tu.

At work... kelmarin...

At work... semalam..
Erkkk... alamak.
Saya tak sengaja...
Memang tak dapat dinafikan, pengaruh Kak Di Green Apple pada saya sangat kuat.
Apa je yang dia promote kat blog saya tak ikut. Dari Ephyra, Dutch Lady Chocolate Drink sampailah ke   mengumpul pantyliner. Ahaks. 
Tapi benda murah jelah saya mampu ikut. Tang beg Channel 8k tu idokle teman mampunye yop..! 

Yang tak boleh blah tu tudung Ariani. 
Siapa yang lama kenal saya memang sedia maklum saya ni anti tudung awning khasnye Ariani. Kengkawan saya beria-ialah borong Ariani , jadik member segala. Yang saya sangguplah meredah Jalan TAR borong shawl berkodi-kodi, sehelai jatuh RM 4- RM 5. Haahah dasar cheapskate!

Sekali disebabkan Kak Di jugaklah, 
saya terjebak berebut-rebut masa Ariani buat sale hujung tahun baru ni. Hajat di hati nak beli inner macam Kak Di yang sehelai RM10. Konon nak beli kaler hitam je nak try rasa. 
Eh macam sedap pulak. 
Masa Krismas boleh pergi lagi  borong lagi 6 kaler. Ahaks. Siap beli tudung awning yang 50% tu 3 helai. Bukan apa. Rugi kalau tak beli. Saya ingat lagi , pernah teman kengkawan beli sehelai je dan seratus lebih. Aduhai. Tu kalau sehelai. Nama pun perempuan. Takkan sehelai je kan.

Sampai terkejut En Abang tengok saya bershopping di Ariani. Macam mustahil je kan bang? Hahaha believe it !

So bermulalah era saya memakai awning. 
Ni kalau kengkawan lama tengok mesti saya kena gelak. Dulu kemain cakap tak sukalah, nanti muka serius lah, muka tembamlah. Well, sejak I pakai awning, muka tetap tembam tak boleh nak ubah. By the way, I like it! Thanx Kak Di. Kau telah membuka hatiku... (bajet macam Kak Di hadap blog kau je..)

Gambar miang.... sekali - sekala ...  ampunn! heheh
Oh ye, saya tidak menjual Ephyra dan tidak mendapat apa-apa keuntungan
dari promo  Ephyra dalam apa jua cara sekalipun..
Harap maklum.


~~~putihliLiNN~~;~{{@

No comments: