5.Preview dan save!

Saturday 12 January 2013

Family Trip to KLIA 1D1N

Tajuk entry tak boleh blah... hahah
Tapi ini adalah kenyataan bukan saje nak buat gimik. 

5.1.13 yag lepas Noin balik Malaysia selepas 4 tahun merantau ke bumi Kanggaru. 
Tak pernah pun rasa rindu kat dia sebab bila-bila masa pun boleh Skype, FB dan Twitter . Tiap-tiap tahun pun dia ada balik. Kadang-kadang dia call borak berjam-jam lamanya. Tahun lepas dan tahun ni family ada melawat dia kat sana. So, memang tak sempat nak rindu apa pun. 

Tapi sebab dia balik for good ni,
 ingat nak join jugakla family Hj Babak n Hjh Mama ke KLIA. Beramai-ramai tanpa para menantu sebab menantu semua laki-laki i'oll n kikin'oll. So sila pegi kerja di hari Sabtu.

Saya dihantar oleh En Abang pagi-pagi sepi lagi di Plaza Tol Tangkak 
sebab Mama kata diorang akan sampai Tangkak around pukul 9.00 pagi. Rupanya pukul 10.00 pagi baru diorang sampai. Bersangkak saya dengan En Abang menunggu depan tol. Lambatla En Abang sampai office gamoknye. Lepas salam n babai En Abang , saya masuk Wish Babak je nampak budak comel lil' Tazmanian Devil tengah senyum dengan gigi 4 batang. Mama pulak boleh cakap " Ngam-ngam pukul 10 sampai Tangkak. Betul Mama agak." What? 

Me: Mana ada. Mama cakap semalam pukul 9. Along 8.30 dah sampai.
Mama : Eh, aku cakap pukul 10. Mana ada pukul 9. 
Me: La... betul. Mama cakap pukul 9 sampai Tangkak.
Mama: Taklah, orang cakap pukul 10 . Kau yang salah dengar.

Pfftt.... okay.. kalau lawan cakap ngan Mama macam tulah.
 Bawak masuk court pun belum tentu menang. Takpe. Lepas ni saya rekod bila bercakap dengan Mama. 

Kami berlima ( Babak, Mama, Kikin,Teha dan saya ) bergerak ke Seremban lepas tu. 

Planningnya ialah:

1. Brunch kat Restoran Makdo kat Seremban
2. Ambil parcel Noin kat rumah Ajin kat Melawati
3. Mama nak beli barang dapur kat Chow Kit,
4.  Babak nak cari set mikrofon untuk masjid kat Jalan Pasar Pudu
5. Beli bunga Noin kat Petaling Street
6. Pergi KLIA - Noin dijangka sampai 7.30 pm

Realitinya ialah:

1. Rupanya Makdo tak berniaga hari Sabtu. 
Mama bising-bising kata semalam Pakdo cakap kedai bukak hari ni. Dapat jumpa Pakdo tengah kerja kat Hospital Seremban je. Pakdo cakap dia salah, ingat hari tu hari Ahad. See??? Like brother like sisterlaaa... saya faham sindrom warga emas ni selalu lupa apa dia cakap. But at least Pakdo mengaku dia silap. Mama I??? Hareemmmm... Kemudian kitorang lunch kat kedai dekat-dekat situ jugak. Lupa lak nak amik gambar.

2. Pergi Melawati terpusing-pusing ikut arah Babak.
 Konon ikut Gombak, lajak sampai UIA nak jumpa tempat orang asli segala tu .Nasib baik ahkak ada. Dapatlah menunjukkan skill handal bab-bab jalan . Setakat Melawati tu, bolehla tunjuk sebab satu ketika dulu pernah  jadik cikgu home tuition 2-3 orang student kat area tu. Best kat rumah Ajin dapat makan bihun goreng sedap dan jeruk buah campur dari Penang. Teha paling banyak makan jeruk. Siap dapat tapau seplastik jeruk bawak balik. Sama tak malu macam mak dia jugak. Hahaha.. anak siapalah ni. Again lupa amik gambar.

3. Kat Seremban lagi Noin call beritahu flight delay tapi tak tau berapa lama.
 Ajin pun cakap yang sama. So balik dari Melawati , since flight delay kitorang check in kat City Park Hotel dekat Chow Kit.  Chow Kit ni memang tempat shopping wajib Mama sepanjang kitorang masih tinggal kat Sentul dulu. Kami biar Mama bersesak masuk pasar . Memandangkan bawak Teha, baik kami stay je kat gerai laksa depan pasar. Kikin sempat mentekedarah laksa sepinggan. Teha sempat menyedut apple juice segelas dia sorang. 
Saya order teh o panas, tapi tak habis sebab panas . ( Dahtu apesal kau order air panas ? )

4. Masa kami kat pasar, Babak awal lagi dah gerak ke Pudu. 
Jimat masa. Balik dari pasar pun Babak tak balik lagi. Sempatlah kami baring-baring dalam bilik hotel. Amik satu bilik je sebab check in tak sampai satu hari. Masuk petang, tengah malam kang check out nak gerak ke Sepang pulak. 
Oh ye, masa kat bilik kena marah ngan Mama sebab tak beli lagi bunga Noin.
 Tadi masa kat pasar Mama dah nak beli bunga kat satu stall ni. Memanglah dia jual fresh flowers tapi standart pasarlah kan. Tu sebab saya tak bagi beli. 
Mama siap kata masa kat stall tu " Long , ni ada jual bunga. 3 kumtum maknanya I love U. "
Muka saya ngan Kikin dah kelat-kelat. " Takpelah Mama , nanti Along carik kat PS," 

Maaf, pinjam gambar ye Tuan Punya Blog.
Macam ni la gamaknya bunga aileviu yang hampir Mama beli. 

Mama saya ni bukannya arif sangat hal-hal macam ni. 
Bunga nak tackle awek dengan bunga nak bagi anak convo dia tak reti beza. Yang tak tahan Kikin gelak-gelak sebut bunga aileviu konon nak perli Mama. Sudahnya kitorang kena marah sebab dia risau bunga Noin tak beli lagi. Saya ingat nak pinjam kereta Babak pergi PS. Tapi Babak pulak belum balik-balik.

5. Lepas solat , saya ajak Kikin keluar ke PS  sebab tak tahan dengar Mama bebel.
 Naik monorel dan LRT lah jawabnya. Saya cakap ngan Kikin " Sebelum pukul 8 malam kita mesti dah sampai hotel balik," 
Saje nak test skill Kikin yang kononnya Ratu Public Transport di KL satu ketika dulu .Haha.

Tunggu LRT.
Muka bulat pakai tudung awning.... dah kata dah..

Kat Petaling Street.
Heaven beli bunga kat sini. Murah dan banyak pilihan.
Plus suka sangat convo bear tu.
Saya suruh Kikin beli satu mini bouqet lagi untuk Teha bagi Noin.

Kikin cabar saya letak gambar paling atas tu kat sini.
Ingat saya tak berani? Kikin memang sengaja suka sabotaj kalau amik gambar saya.
Seronok la dia bila gambar gemuk saya tepek kat sini. Tapi saya terpaksa letak sebab nak tunjuk keindahan bunga-bunga yang dijual kat PS. Dari zaman saya convo lagi bunga adalah diimport dari sini.

Dan saya letak gambar kanan tu sebab nak cover balik gambar gemuk tu.
 Gemuk jugak tapi tak gemuk sangat kan.. kahhh..!!
Gambar tak edit cuma lighting pepagi subuh mintak En Abang tolong snap sebelum keluar rumah.
Eh, panjang pulak caption nak explain diri tu kononnya kurus. Ahaks.

Balik dari PS memang ngam-ngam pukul 8. 
Tak dan nak menikmati apa-apa kalau berjalan time Maghrib macam tu. Mama senyum lebar bila tengok hasil bunga yang kitorang beli. Haaa... betul kan Along cakap? Lagi cantik kan dari bunga aileviu Mama? 

Alamak.. lupa nak amik gambar penuh.
Nasib ada gambar separuh ni.
A dozen of peach roses sebab Noin kecik-kecik suka kaler 'pirin'. Peach campur oren.
Oh ye. Dulu dia minat Zaid AF. Wargghh kah kah...
Noin kena berterima kasih dengan kitorang, kalau tak dapat bunga aileviu je sempena grad. 

Malam tu saya ajak semua orang dinner kat luar. 
Hajat nak makan tomyam kat Kg Baru. Mula-mula Babak yang drive. Biasalahkan takde parking dan jalan sempit, Mama mulalah bising. Aduhaiii...   potong stim betul. 
Saya mintak Babak berhenti tepi sebab saya nak drive. Susah nak arahkan Babak jalan sebab saya pun lama tak ke Kg Baru. Dulu jalan pun main ikut sedap je. Nak pulak En Abang yang bawak, boleh main redah dan selit je. Tapi kali ni bawak Mama dan Babak okay? Banyak pantang larangnya. Maka saya pun drivelah ke Juara Tom Yam Jalan Raja Alang. Eh betul ke nama jalan? Main sedap petik je. Situ je parking luas dan tak sesak.

Gambar makanan je ada. Tak dapat snap masa makan sebab lapar sangat , makan kena fokus. 

Kecewa gak makan kat situ sebab tak berapa sedap. 
Ikhlas cakap ni. Tapi yang penting servis sangat cepat. Tu je kriteria penting kalau Babak dan Mama ada. Kalau tak, kau akan dapat dengar rungutan, kegelisahan dan sakit hati. Hehehe. Terus hilang selera nak makan nanti.
 Sebenarnya, plan asal, kalau flight Noin tak delay, saya memang dah suruh En Abang booking Hafiza TomYam kat Tampin. Boleh makan Tom Yam Pok Tek yang sangat sedap ramai-ramai dengan Noin sekali. Tapi nan hado. Takpe, nanti Along bawak makan kat Kedai Tom Yam Ramai-Ramai Senai pulak lain kali eh? Haaaa situ memang sedap penangan Tom Yam dia.

Balik dari dinner kat depan hotel.
Teha maintain active.
6. Kami check out hotel dekat pukul 12 mlm. 
Flight Noin akan sampai pukul 2 pagi. Sampai KLIA pukul 1.40 pagi sebab Babak main pusing-pusing lagi kat Putrajaya pulak. Hahaha. 
Tengok arriving board tu rupanya flight Noin dah sampai pukul 1.20 pagi lagi. Berkejar kitorang ke arriving hall . Yang pelik, tak ramai orang pun. Saya punyalah fikir orang dah ramai ada. Yela, family2 lain ke. Yang ada , nampak 2- 3 family je. 


Mama seronok pegang bunga aileviu.
Babak pegang Teha yang dah kepenatan.
Kikin tolong pegang Cik Ted yang saya beli untuk Noin.
Nampak tak banner tu? Originally handmade by Babak.
Ye... Noin dah jadikan kitorang ni macam Cirque du Soleil in KLIA.
Tengok family orang lain.... rilex je...

Budak yang kuat semangat walaupun pukul 2 pagi.
Tapi upah kena besar jugak. Airlah, donat lah,
kalau ikut dia satu stall dia nak .
Akhirnya pengantin pun sampai... 
Inilah yang Noin nak... sambutan meriah dari family. .. (tangan di dada mata ke atas)...

Ku pikirkan ramai yang nak disambut... patutlah tak ramai family yang menyambut.
Dari kiri Mariam and twin, Winny, Mariam housemate Noin, Fit , Noin bersama Teha.
Ala.. Zara takde pulak....
Hepi ye..? Ahkak jugak xde dalam gambar sebab kena jadi cameraman...
Eleh ... snap gambar sendiri lagi best....  dalam lift pun boleh...
Dari KLIA babak drive drop saya kat Plaza Tol Simpang Ampat pukul 3.00 pagi. 
En Abang setia menjemput dan kami sampai Gemas pukul 4.00 pagi. Noin tukar shift dengan Babak drive sampai JB. Pukul 6.00 pagi khabarnya diorang baru sampai rumah. 
Begitulah al-kisahnya.... 

~~~putihliLiNN~~;~{{@

3 comments:

kikin said...

asal boleh je kan letak gamba muke aku yg kat lrt tu ...menci....penyek je muke aku...x suke...

putihliLiNN said...

harharhar...
sape suruh amik gambar aku gemuk..

sangkenggeru said...

yg pnting gamba aku kurus.hoyeah