5.Preview dan save!

Thursday 27 December 2012

From Adelaide with Love Vol 2 - Verangans


Cerita pasal Aussie lagi. Tahan jela ye.. 
Ada satu hari Noin nak pegi kelas pagi. Housemate dia Rosnah dan Mariam pun pergi jugak 
(tradisional betul nama bebudak dalam rumah .. Noor Aini, Rosnah, Mariam..sweet..) 

Malam tu tetiba Noin cakap " Along nak ikut tak? Nanti Along duduk je dalam computer lab tunggu sampai Noin habis kelas . Nak ikut Noin masuk kelas pun boleh. "

Saya jawab " Nakk... Nakk.." .
 Aik laju je tanpa berfikir. Maybe Noin pun terkejut. Haha. Bukan apa. Teringat zaman student dulu pernah seludup En Abang masuk dalam lecture hall.  Kelas yang ramai orang la. Kalau bawak masuk dalam kelas tutorial , ada yang semput menjawab nanti. Sama ada saya yang semput menjawab kenapa bawak orang luar masuk. Atau En Abang yang semput menjawab kertas tutorial. Hahaha

Pagi-pagi sama-sama dengan diorang bersiap ke kelas.
 Excited betul ahkak. Tunggu bas dekat dengan rumah. Siap lari-lari lagi kejar bas. Adoiii.. ahkak ni dahla 10 tahun beza ngan diorang. Tapi seronok oii... 

Sampai UniSA duduk dalam computer lab je. 
Malas pulak nak ikut masuk kelas. Sebenarnya dah sampai sana barulah rasa malu. Dasar ! Hahaha... Dalam duk menunggu tu ada nampak ramai student Malaysia merangkap kawan-kawan Noin. Semua pandang senyum-senyum. Ingat semua senyum nak greet saya, rupanya masing-masing ingat saya ni Noin. Siap ada yang hampir peluk dari belakang. 
Ohh lawak apekah..?



Verangans kengkonon student jugak. 
Puas posing sekitar UniSA dan Universiti Adelaide yang hanya beberapa langkah. Jadilah kan..

Tentang my outfit , Noin dah pesan sebelum keluar rumah, " Pakai remaja-remaja sikit tau Long.." 
Okay.... remaja tak?? ... Kah kah... Puiii..!!

Oh .. kenalkan... student sebenar...
(Elehhh.. tak nampak remaja pun.. Remaja lagi ahkak.. :p)


Lepas lunch kat city, kami decide untuk balik rumah terus. Baik kan?
Itu pun selepas puas camwhoring around Adelaide City. Ok..tak around sangat la. 
Sepanjang perjalanan ke Railway Station hinggalah ke rumah je.
Merasa lah akak naik tram dan train kat sana dalam kejakunan...


Statement yang mengatakan muka kami sama adalah tidak benar sama sekali.
 Pelissss...!!


Tu je . Nak tidur. Bai.


~~~putihliLiNN~~;~{{@

Tuesday 25 December 2012

From Adelaide with Love Vol 1 - CUAK



Dah lama nak upload entry  ni. 
Tapi sebab banyak sangat gambar, rasa malassss je. Pastu terfikir camne konsep penceritaan bagai. Sampai la ni pun tak habis fikir. Tak boleh jadi. Kena buat jugak macam mana pun. Nanti lupa lagi susah nak tulis. Ahkak ni kan pelupa orangnya.

Kita pakai cerita konsep pakej lah ye. 
Gambar berpakej. Cerita sekali terus senang. Ikut volume. Supaya saya lepas ni kalau takde idea untuk entry baru, senang, up je volume seterusnya. 
( Macamla ramai yang tertunggu-tunggu entry kau....)

Tujuan sebenar ke Australia ialah untuk melawat my lil' sis (oh lil'nyeee..) cik Noin Za. 
Tahun lepas all the family dah pegi dah tengok dia. Kecuali saya. Ngeh ngeh.
 I is selalu buzy hujung tahun. 
( cikgu  banyak cuti... budak sekolah cuti, cikgu pun cuti boleh main hulahup kat rumah.. iyee? Habis tu result peksa like SPM tu keluar dengan sendirinya lah ye...  masuk je paper exam berkajang-kajang dalam mesin , pastu tekan button, pastu tadaaaa...! Teplinggg dah siap marking. Serius la wei... akai ada? Eh, terlepas geram pulak..)

Tahun ni sebab saya tolak job hujung tahun tu,
saya tidak ada alasan lagi (apesal eh kena melawat dia banyak kali entah..?). Kali ini saya pergi bertiga dengan Mama and Babak. Kikin kena tinggal heheh yes .. yes...! Dan juga meninggalkan En Abang selama 2 minggu. Tapi of course la all the expenses pergi balik ditaja oleh Mama. Hehehehe.... alhamdulillahhh... tengkiu Mama.. ada rezeki belanjalah lagi...



Ni rahsia ---> this is my first experience naik flight.
( Ko jangan gelak kim.. aku tak bukak kasut ok?) Jadi tengokla muka tu.. pucat heh? Masa check in lagi kepala tengah weng semacam. Tapi buat-buatla cool je. Tengok gelagat omputih ramai-ramai. Seronok pulak kat Singapore lagi dapat feeling-feeling banyak omputih. Flight direct  ke Adelaide.
Kami bertiga je rasanya Melayu masa tu. 

Masa kat imigresen kecut-kecut perut ahkak.
Dahla bawak beg yang berisi 3 burger Mc Donald yang Noin kirim.  Macam kan bawak heroin ke apa. Suprisingly burger lepas.
Yang tak lepas facial foam Mama. Tengok muka Mama kat gambar. Tu muka lepas kena bebel ngan Babak. Mana tak, masa beratur tu kemain sama-sama baca senarai barang-barang yang tak dibenarkan masuk. Liquid lebih 200 ml. Botol foam Mama tu 250ml, laju je officer tu campak dalam tong. Nak wat camne.
Sedih dengar Mama ulang-ulang dialog.. "Aku beria lah pakai sikit-sikit... hissshhh sayanggg .." 
Dah banyak kali travel pun barang sangkut. . Lain la kalau saya . Heheh..  

Masa diorang nak cop passport ,
 ada sesuatu particular dalam passport saya yang diorang query. Masa tu tak jelas sangat sebab saya tengah weng- weng.. blur kejap. Dah tak ingat apa yang officer tu tanya, tapi saya rasa dia tanya sebab passport saya baru. So tak amik port sangat.

Take off dalam pukul11.00 malam.
Dapat seat tengah, bertiga dengan family omputih - young couple + baby boy. Bagi can Mama n Babak duk tepi tingkap.

Masa tu memang rasa nak tidur je.
Masa take off  baby sebelah dah mula melalak. Saya pejam mata rapat-rapat sambil pegang minyak kapak. Peduli apa satu kabin bau minyak kapak saya. Ingat nak tidur je. Konfem muntah kejap lagi. Steward (ess) pulak time ni lah sibuk lalu -lalang. Kejap  bagi hot towel. Kejap kang hulur souvenier . Kang nak serve makan pulak. Ni nak muntah ni.
Saya tak tau berapa lama saya tidur lepas tu. Bukak mata je dah Subuh. Memang masa tidur saya boleh dengar baby sebelah ni melalak tak berhenti. Babak sampai banyak kali offer  tukar tempat. Tapi saya taknak.


Lepas breakfast dalam pukul 5.00 pagi camtu,
 baru saya okay sikit. Baru boleh toleh kat baby sebelah seat. Ohh comel rupanya budak yang melalak satu malam tadi. Bapak dia pun comel jugak. Eh.
Puaslah diorang laki bini nak melayan baby.
Ada sorang nenek omputih, seberang seat saya , pun sibuk jugak nak mengagah baby tu.
Siap main peek a boo. Saya tersepit kat tengah-tengah.
Nenek tu hulur patung koala kat saya suruh bagi kat baby. Nak pujuk dia diam.
Saya pun layankan jelah. Nasib comel. Boleh pulak dia siap gelak-gelak.. pegang hujung jari saya. Kesian baby tu, tak selesa agaknya dalam flight.

Muka cuak festaim naik flight.
Sampai Adelaide Airport lebih kurang pukul 8.00 pagi.
Masa nak landing, alhamdulillah tak seteruk macam take off. Walaupun, minyak kapak wajib di tangan.
Again kat imigresen kena tahan. Like, what? Ape dorang ni ingat saya keldai dadah ke apa? Siap officer yang cop pasport tu cakap kat bos dia.. " ... something... date of birth... bla bla.. (tak jelas.. )"
Then bos dia (pompuan) tarik saya ke tepi. Gila tak cuak weh? Babak n Mama saya tengok dah lepas. Diorang lagi gelabah tengok anak dia kena tahan kastam kat Airport Adelaide..

(abaikan tatabahasa ahkak yang oh My English ni ye..)

Kastam: Is this your first time here?

Me: Yes, this is my first time.

Kastam: What brings you here?

Me: I come to visit my sister ...with my mum and dad..( saya tunjuk Mama n Babak )

Kastam: Oh..  your mum n dad there..  (masa ni dia angguk-angguk )..
so where will  u stay? (sekadar berbasa-basi)

Me: We will stay with my sister at West Croydon.

Kastam: Oh okay. I think that's all. Welcome to Australia... (senyum mesra)

Saya dah terpinga-pinga.
Babak n Mama dah tanya macam-macam. Dalam kepala saya tertanya-tanya. Dah dua kali saya kena query kat kastam. Apesal eh? Apesal Mama n Babak lepas je?

Teori saya:

1. Suspek keldai dadah kot? Kalau nak suspek pengganas, awal-awal dorang dah tahan Babak dulu.. hehe
2. Passport baru... bersih... saje je la nak ragging budak baru festaim travel ni...
3. Diorang ada mention about date of birth... ngape? Tak percaya ke umur ahkak dalam passport tu?
4. Detail D.O.B dalam sistem tak sama dengan dalam passport

Dalam banyak-banyak , teori yang keempat tu mungkin betul.
Ada lagi. Masa nak keluar dari tempat check barang, again kami macam fobia sebab kes facial foam Mama kat Singapore. Saya risau je silap-silap kang burger Noin ni kena buang. Dahla Mama asyik cerita pasal kastam sini ada anjing besar . Anjing nanti cium-cium beg.
Dadah dalam beg sesenang je dia boleh trace. Setakat burger ni... huh, laju je kang anjing kejar saya. Hati dah tak tenang  ni.

Kitorang berjalan nak ke tempat checking barang.
Tetiba ada satu officer lelaki tahan. Dia suruh kitorang jalan pergi pintu sebelah kiri sekali. Uik apesal ni? Orang lain yang sama-sama dalam flight tadi kastam check barang kat sebelah lain. Kitorang diorang suruh hala lain pulak.

Masa ni memangla. Masing-masing dah diam. Apa pulak kali ni. Saya dah terbayang beg semua kena geledah dalam satu bilik (banyak  sgt tengok citer Hollywood.. ). Babak tolak je pintu..... teplingggggg!!
Nampak muka Noin tengah lambai-lambai tersengih. Rupanya pintu tu pintu terus keluar. Hahaha suspen sungguh. Tapi tak faham, kenapa kami bertiga je yang kena keluar ikut pintu tu?

Mama: Babak baca apa ?

Babak: Biasa je. Surah ..... (lupa pulak nama surah yang Babak sebut)

Alhamdulillah.
Cabaran membawa burger selamat. Diorang tak tahu sebaik sahaja nampak muka Noin tersengih,
air mata ni menderu-deru. Tapi sempat cover ayu depan semua orang .
 Bukan sedih sebab lama tak jumpa adik.

Sedih sebab trauma ngan kastam. >.<


~~~putihliLiNN~~;~{{@

Sunday 23 December 2012

Hajat 2013

Orang sibuk berazam untuk tahun baru. 
Saya pun nak buat azam . Azam ni kan macam sesuatu yang kita nak , nak buat atau inginkan berlaku. 

Tapi kalau hajat? 
Bagi saya hajat ni lebih kepada impian. Keinginan. Nak. Eh sama lebih kurang eh? Takpelah, asalkan bagi saya hajat tu lembut sikit bunyinya. Kalau tak dapat tunaikan, takpe lagi kot. Sebab cuma berhajat. Kalau azam, macam sesuatu yang mesti kita usahakan sampai dapat. Kalau tak dapat, alamat frust menonggeng. 
(entah apa-apa la pemikiran kau lin.. ade ke orang lain kesah?)

Saya berhajat nak beli kereta baru tahun 2013. 
Kereta yang lama sayang pulak nak jual sebab dah habis bayar. Boleh buat ulang alik En Abang pergi kerja, kereta pergi pasar bak kata orang. City lama tu memang dah banyak jasanya pada kami berdua. Tak banyak ragam dan sangat jimat minyak. Cuma biasalah, kereta lama nak kena servis selalu. Dan ada alat ganti yang perlu ditukar. Lain pada tu, memang tak ada masalah meragam tak tentu pasal.

Syukur alhamdulillah.
Setelah sekian lama kami guna kereta tu(sejak kawin) , sebenarnya sebelum ni belum ada niat terdesak untuk tambah kereta lagi. Walaupun banyak kena perli dan hint-hint dari orang kiri kanan, saya buat pekak je. Buat apa nak beli sesuatu sebab tertekan dengan mulut orang kelilling. .. kan?


Berbalik kepada hajat 2013 saya, sebenarnya pada mulanya saya berhajat nak beli Toyota.
 Kengkonon nak geng dengan Babak (pak aji Wish ) .Mula-mula saya ingat cuma nak beli Vios. Sebelum pergi Aussie hari tu saya sempat pergi roadshow Toyota kat Segamat. Bila tengok-tengok Vios tu, saya rasa kecewa sangat. Sebab bagi saya , Vios tu takde different  new features ke apa  berbanding City lama saya. Beratnya hati nak beli kereta yang sama sebijik feelnya dengan kereta lama. Sedih. Masa tu tak terfikir pasal Altis ke apa.

Kemudian salesman Toyota tu saje jek saya dengan Prius C. 
Siap bawak saya test drive lagi. Whoaaa kagum kagum dengan Prius C. Maklumlah kereta hybrid. Kena ayat kaw-kaw dengan salesman, terus hati saya berkenan dengan Prius C. Inilah kereta yang saya nak. Nak buka pintu guna sensor je. Nak start, push button je. Jimat minyak kalau travel jauh, bak kata dia -" Jangan terkejut Puan, Segamat - KL RM10 je minyak!." Gila ko tak berkenan? 

Sebelum pergi Aussie saya siap kempen-kempen dengan Babak dan Mama. Dorang macam ok je. Kat Aussie saya cerita dengan Noin (Adik). Berangan-angan bila nampak Prius kat jalan raya kat sana walaupun banyak yang jadi teksi.Tapi saya tak kisah. Teksi ke, apa saya tahu, balik Malaysia saya nak uruskan beli Prius C! Hahahaha...

Bila balik Malaysia, hari-hari saya tengok review pasal Prius C. 
Bukannya tak bagus, tapi saya baru perasan.  Bukan ke Prius C tu compact car? Aduh.. punyalah excited hybrid car , tak perasan dia adalah compact. Ok..kat sini dah spoil.  Kalau 10 tahun dulu , tentu saya tak kisah. Tapi dengan umur saya sekarang, saya taknak compact car. Kerja penat-penat, bertahun-tahun.. Pangkat pun ada naik sikit..(puuuiii..!) at least kereta sedan (puuuiii..!). Oh lupa, kalau sedan boleh beli  Prius. Prius sedan. Prius C compact. Cuma... bila tengok harga.. Prius lebih RM100K...... hmmmm..

Kat sini saya dah mula tamak. 
Hahaha... Saya mula dapat teori... kalau saya nak beli Prius, harga lebih RM100 K, baik saya beli SUV. Kah kahkahhh... (tak tau kenapa saya ketawa...oh mungkin sebab nafsu materialistik ni)
Huhuhu... yup sebenarnya bila puas fikir, SUV adalah pilihan paling tepat untuk keperluan saya di Gemas ni.  Dengan memikirkan kriteria-kriteria :

1. Our new main car
(fikir untuk jangka masa panjang...maybe 8-10 tahun ? Tunggu naik pangkat lagi sekali boleh tukar lain gamaknye..)
2. Lasak dengan jalan kampung mostly masa travel jauh eg balik kampung
(ke balikbandar? hehehe)
3. Lebih besar...new features..... i like...
4. Minyak tak membebankan sangat (compare dengan SUV sekelasnya)- yelah, saya bawak pergi balik kerja  daily

Jadi, inilah hajat saya 2013:
I
I
I
V
 

HYUNDAI TUCSON 2.0 ELEGANCE
source: gugel

Memang banyak lagi pilihan SUV yang lain, tapi bila ukur bajet , 
inilah pilihan yang paling terbaik dan termampu.
Takde Toyota , takde Honda. Tunggu Proton keluar SUV tak tau bila kan.
Itupun perlu banyak perkara untuk berkorban.
Azam 2013 ( haa... ni baru azam..) saya akan mengemaskinikan personal akaun. 
(Kau nak pakai SUV sangat kan Linn? Lepas ni cut on shopping , amacam .. sanggup ke?
Errkk.. i trryyyy..)

 Insyaallah... bagi 3-4 bulan lagi, bila dah selesai urusan-urusan wajib, manalah tahu hajat ni boleh disempurnakan. Khenn?? We'll see.. Aminnn...

Kalau budget planning berjaya dan hati i tak berubah lagilah.... hehehehe.... >.<


  ~~~putihliLiNN~~;~{{@

Saturday 22 December 2012

Cinta Halal

Saya ke yang ketinggalan lrt ni? ( haha perumpamaan bajet selalu je naik lrt..) 

Semua orang dah tengok ke cerita Cinta Halal? Saya baru je tengok tadi. 
Tengok pun sebab tiap kali bukak Youtube nampak kat 'Recommended for you'. Sebenarnya lama dua tiga hari perasan, tapi buat tak reti je .

 Tadi agaknya boring sangat layan FB. Mula-mula tak nak pun bukak cerita ni. Belek-belek video lain. Rasa dalam hati apebendalah cerita ni . Terbayang filem Anak Halal bila baca tajuk dia. 
Tapi ada nampak muka perempuan berhijab pulak. So cepat je buat kesimpulan ni mesti Anak Halal versi ala-ala Islamik .

 Dah lama sebenarnya tak nampak Nur Fathia berlakon. Ala satu je pun cerita dia yang saya ingat.. yang jadi buta tu (tak ingat pulak tajuk..). Terus ahkak tutup TV. TV pun bosan tengah-tengahari asyik jelah main drama 90-an. 

Yang spoil hero cerita Fahrin. Haduuuuu... again i tak minat. Tapi berdasarkan watak kena lah Fahrin yang bawak. So .. dimaafkan. 

Cinta Halal ni kisah seorang perempuan yang biasa-biasa
 (tinggal dengan mak dan adik.. ayah dah berpisah dengan mak tapi ayah selalu datang minta duit nak bayar hutang along). Tapi family perempuan ni (Nur Fathia sebagai Ismi) tak adalah macam tipikal cerita Melayu ... miskin ke apa. Biasa-biasa je tapi tak kayalah. Asyik berhenti kerja sebab selalu bergaduh dengan orang. Pendek kata dia ni kasar macam tomboi. 

Mak dia ( adik Ogy) terpaksa pujuk bos tempat kerja mak dia supaya ambil Ismi ni kerja. Tapi Ismi kena pakai tudung dan behave macam perempuan yang lemah lembut, bersopan, berhemah... of course la kerja ofis kan. Seperti biasa Ismi terpikat dengan anak bos (Fahrin) yang serius, agak warak dan mempunyai bakal tunang yang kononnya ala muslimah sejati pilihan keluarga. Maka berlakulah adegan Ismi menackle bosnya sendiri dan pelbagai konflik yang berlaku antara mereka, pejabat dan keluarga. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Hahahaa... silalah tonton sendiri ye ...

~~~~CINTA HALAL~~~

Saya bagi 5 /5 bintang bagi cerita ni.. (sesuka hati je bagi bintang... blog i kann?)
 Ini adalah telemovie yang wajib tonton sebab sangat best , keluar dari versi drama Melayu yang biasa. Watak-watak dalam cerita berbeza.. contohnya.. selalu tu kalau watak baik... dia punya baik tu sampai kita rasa nak cekikkkkk je dia sebab baik tapi bodoh. Selalunya lah kan.. kalau heroin ke hero ke.. baik tak bertempat. Tapi cerita ni macam Ismi mula-mula kasar, lepas tu berhijab.

 Walaubagaimanapun lepas berhijab takdelah tetiba dia berubah karakter terus. Dia masih lagi dia.. masih kasar dan tomboi tapi bijak . 

Hero pulak memang dari awal anak orang kaya yang baik, agak warak,
 tapi lama-lama selepas pelbagai usaha yang Ismi buat dan dengan takdir Allah, dia boleh menerima kekurangan Ismi walaupun sebelum ni jalan hidup dia straight je . 
Paling suka dialog Fahrin masa berdoa lepas solat.. " Ya Allah, aku terlalu angkuh selama ini menginginkan yang sempurna. Kerana aku riak diri ini cukup sempurna. Aku lupa tidak ada siapa pun dalam dunia ini yang sempurna selain diri-Mu... YA ALLAH.. "

Huiihhh dalam tu. Ingatan untuk diri sendiri dan yang membaca entri ni.
 Selalunya kalau kita bercakap soal ciri-ciri suami/isteri pilihan, bukan main kriteria semua yang hebat-hebat belaka. Macam watak hero/heroin dalam novel cinta/filem.
 Jangan nanti bila dah kahwin, dah nampak kekurangan pasangan, kita jadikan alasan untuk berpisah pulak. Memang tak ada manusia yang cukup sempurna selain Rasulullah. Dan yang paling sempurna -
 Allah Maha Pencipta.

 Sebab itu, cubalah belajar untuk terima pasangan kita seadanya. Kerana di sebalik kekurangan tu mesti ada banyak good qualities yang kita lupa yang menyebabkan kita tertarik dengan dia masa mula-mula bercinta dulu. Ececeh.. macam Kak Seri Siantan pulak.

Sudikan menonton dan ambillah iktibar... haaa dan lagi satu ada lagu Melly Goeslow- Lelaki Idaman. Lagu i masa zaman bercinta dengan En Abang dolu-dolu.. harussslahh!

" Nak cincin......... " ......... " Berjaya.. !!"   "Yes! Yes!!"

~~~putihliLiNN~~;~{{@

Wednesday 12 December 2012

12.12.12 dan Kain

Entry ni dibuat ikut-ikutan blogger lain yang nak mengabadikan tarikh istimewa ni dalam blog masing-masing.
(sungguh kau ni lalang, Linn..)

Rasanya banyak event yang berlaku hari ni. 
Kahwin, tunang, declare couple maybe.. birthday of course. Cerai.. (nauzubillah...)
Holiday, shopping, celebrate on something, dapat baby....
Seronok eh?

Saya? 
Hari ni sejak pagi lagi saya mengumpul kekuatan untuk... menarah Gunung Kinabalu.
Gunung Kinabalu tu ialah kain-kain yang telah En Abang basuh , jemur dan kumpulkan dalam bakul. Tengok dari jauh, jumlah kain yang menggunung (di luar bakul sama besar sekali ganda lagi dengan saiz bakul sebenar).
Kalau dibilang hari, ada dalam sebulan kot kain kat rumah ni tak berlipat. Itu termasuk dari dua minggu saya kat Adelaide, seminggu kat JB, seminggu saya dok kat umah ni pandang je.. dan akhirnya hari ke tiga dalam minggu keempat akhirnya doa En Abang dimakbulkan. 
Hatiku telah terbuka untuk melipatnya. Syabas!

Kerja2 laundry dalam rumah ni 100% adalah tugas En Abang. Dengan alasan saya tak tau nak operate washing mashine. (sebenarnya malas. kat JB bukak paip je pastu tinggal. kat sini nak kena jaga air paip. kosser ahkak..) Untuk naikkan semangat En Abang, saya akan bagi pujian melambung like.. ' eh ehh wangi betul kain Abang basuh. Saya basuh tak boleh wangi macam ni..' -Ala-ala iklan sabun basuh dalam TV. Pastu selalunya kalau sempat En Abang jugaklah yang akan jemur kain-kain tu sebelum pergi kerja. Tugas saya.. lipat dan susun kain . Saya suka lipat kain sebab boleh lipat sambil duduk depan TV. Amalan ni saya dah praktikkan sejak zaman sekolah lagi. Kalau saya nak tengok TV dengan aman, tanpa dengar pekikan Mama suruh saya baca buku , saya akan lipat kain depan TV. Dulu Mama tak marah pun saya lipat kain sebakul ambil masa dua jam ngam-ngam cerita kat TV habis. Pelik tapi baguslah. Heh heh.. 

Sekian sahaja cerita saya pada tarikh yang bersejarah ni. Lepas selesai lipat dan susun kain, saya tengok TV,    facebook, masak, update blog ni dan sekarang pukul 10.55 malam. Tukang basuh kain belum balik lagi. Hmmm.. 


~~~putihliLiNN~~;~{{@

Sunday 9 December 2012

Nur Amina Fateha

Kebetulan cuti panjang , lepas balik Aussie tetiba mulut ni ringan offer nak tolong jaga Teha kat Mama.
Teha ni anak Kikin. umur baru 1 tahun 4 bulan. Kebetulan adik ipar Kikin yang selalu jaga Teha bercuti. Yelah, kalau tak Mama n Babak yang kena jaga. Diorang tu nanti sibuk nak gi kelas la, ada kenduri la, nak gi jogging la. Tanpa berfikir panjang, saya menadah diri. Dan tanpa berfikir panjang, En Abang terpaksalah tunggu saya lagi seminggu. Hahaha... isskk isskk... huhuhuhuhuhu..

Saja nak tulis entry pasal Teha bukannya apa. Banyak perkara comel + kelakar + adventure yang berlaku sepanjang dengan dia. Yelah, saya manalah ada pengalaman macam ni.

Antara habit Teha:

1. Naik motor titit dengan atok lepas mandi pagi dan pakai baju cantik. ( motor titit - titit tu bunyi hon motor tu la.. titt tittt )

2. Selalu jerit - nak jajaaaaaannn!!! - suka sangat makan jajan. Bangun tidur celik mata pun minta jajan. Kegemaran Teha ialah:
Keropok kacang peas, maruku, dan apa-apa sahaja kerepek

3. Sangat suka makan JAGUNG.. Teha panggil AGOMM!!

4. Suka nyanyi lagu Buai Laju-laju dekat buai.
(Ada satu hari .. oleh kerana semua orang dah letih sangat melayan keletah dia, dah start mintak yang bukan-bukan. Muka mengantuk tapi masih nak main. Bapak dia tengah makan. Jadi Mama geram masukkan dia dalam buai. Menjerit-jerit tak nak. Makin Mama buat tak reti hayun dia kat buai tu, makin kuat dia menjerit menangis sampai nak keluar anak tekak. Sampai Mama pun surrender keluarkan dia bangunkan dia dari buai tapi dalam keadaan dia masih duduk kat buai tu. Tiba-tiba dengar bunyi suara dia nyanyi...

Teha: Buai...... Ajuuu... Ajuuu... (intonasi dalam sebak baru lepas nangis tadi)

Mula-mula semua orang tergamam.. Bapak dia kat meja makan. Mama depan buai. Kikin dekat dengan Mama. Saya berjalan ke arah buai sebab dengar suara Teha. Pastu kitorang sama-sama gelak. Sambil-sambil tu kesat air mata masing-masing sebab sedih. Haha kelakar ke sedih cerita ni? )

5. Kalau malam , dia tak tidur buai. Tapi dia nak tidur tu kena dapatkan angle yang betul baru boleh tidur. Nanti dia terpusing-pusing atas karpet ke, atas sofa, atas katil, mana-manalah yang perfect hanya dia je tau sambil ada orang gosok-gosok belakang. Amboihhh lemak..

6. Suka lagu Alif Ba Taa... 123 Sayang Semuanya yang saya bukak kat You Tube.
 Lepas tu kena ulang 100 kali. 
Waktu Maghrib, wajib bukak. Teha nak mengaji. 
Lepas tu bergaduh nak main keyboard dan mouse desktop Babak. 
Pandai pulak tu nak kena tekan mana.

 

(Dia paling suka bila budak kecik tu kata 'Nasyid tu sedappp!! ' ... 
Bagi Teha budak tu cakap Nasik tu sedappp!! )

Hmm itulah antara habit dia yang dapat di ingat balik. Perangai lain yang tak tertulis di sini memang banyak. Sampai tak terasa 7 hari tu kat rumah Mama. Ada je keletah bila melayan dia. 

Niat hati nak buat photo shoot kat dia. Dress up cantik-cantik nak suruh dia pose ke. Huhhh.... Susah. Budak kalau dah jenis tak boleh duduk diam, bila orang hala kamera kat dia suka sangat bergerak . Hasil gambar selalunya blur. 
Pose muka terseksa ...


Saya rasa Teha ni sama ngan satu karakter kartun tu. Kejap Gugel jap.

I
I
I
V

Ni haaaa...... hahahahahhaa sewsuwaaiiiiii!

~~TAZMANIAN DEVIL~~

Tapi versi comel la. Kesian dia, Aunty cakap dia Tazmanian Devil. Tulaa... aktif sangat. Tak reti duduk diam. Kalau letak tangan kat dada dia , kita boleh rasa jantung dia berdegup lajuuuuu gila. Waktu dia tidur je jantung dia relax sikit. Tula Kin, suka sangat bagi dia makan gula.



Nur Amina Fateha..... Aunty geram tahu??


~~~putihliLiNN~~;~{{@

SEBAK

It's Sunday morning. 
Boleh imagine tak hari yang ceria macam ni kena tengok suami sendiri siap-siap pergi kerja. Hadoi. Sungguh tak best rasa itu. 

Semalam baru teringat sebelum cuti sekolah hari tu 
my boss ada bagi satu invitation card wedding anak dia. Dekat Dewan Rumah Media Melaka. Nyaris terlupa sebab baru teringat malam tadi. Geledah handbag cari kad balik. Memang betul lah Ahad iaitu hari ni. Hati sangat teringin nak pergi sejak mula-mula dapat undangan lagi. Satu - sebab dah lama tak pergi wedding. Dua - sebab wedding anak boss kan... family Dato'  majlis mesti grand... :) . Tiga- sebab buat di Melaka. Dekat dan maybe ada peluang nak jalan-jalan Melaka. Hmmm nampaknya berangan jelaaaahhhhh..... :'(


Bulan Mei lepas ada satu jemputan wedding kerani kat office. Itu pun tak dapat pergi jugak. Sebenarnya salah saya, silap tengok tarikh pada kad. Ke sebenarnya tak tengok. Orang tu kahwin Sabtu. Konpiden ingatkan Ahad. Saya dengan En Abang kemain dah bersiap-siap. Dah masuk kereta dah pun. Bila En Abang bukak balik kad nak tengok peta rumah, barulah sedar majlis semalam. Hahaha lawak hari minggu. Puaslah kena bebel dengan dia. Sudahnya laki bini  pergi  kedai mamak carik nasi beriyani. Kemain cantik dressing memasing makan kenduri kat kedai mamak. Hahahaha...

Agak-agak bila dah tinggal kat Gemas ni berapalah kebarangkalian nak dapat jemputan lagi. Kawan-kawan kat sini dahla 10 x lebih sikit dari kat JB. Kenapalah JB tu jauh sangatttt... huhuhu.... 


En Abang sejak tempat kerja bertukar management ni rasanya belum pernah ambil cuti lagi. Jangan kan cuti. Sabtu Ahad pun main langgar je. Dulu masa saya belum cuti, tak rasa sangat sebab weekend ialah hari saya nak berehat. Jadi kalau dia kerja pun saya lagi suka tak kisah.   Nasib baik awal cuti hari tu dua minggu saya kat Adelaide. Seminggu lagi saya stay kat JB. Kalau tak mesti dah muntah mengadap internet, TV. Ni pun rasa nak muntah dah ni.

En Abang: Awak sokong saya tak ni?
Saya: Sokong...
En Abang: Kalau sokong, tak cakap pun caiyokk.. caiyokkk..

Dialog minggu lepas yang masih terngiang-ngiang. Hmm.. yelah. Sokonglah ni. Kalau tak, pagi tadi saya dah campak kunci rumah dengan kunci kereta dalam lubang toilet. Haha keji.  Saya tahu dia sedang kerja keras dan sememangnya dia seorang yang workaholic. Saya patut bersyukur sebab nampaknya dia seronok sangat dengan management baru tu. Lebih bersemangat dia bekerja. Bukan ke sepatutnya saya kena faham dan bagi dia sokongan kuat dari belakang..? Kan.. kan??? 

Yang buat saya sebak hari ni bukan sebab tak dapat pergi jemputan kahwin. Tapi lepas En Abang pergi kerja, seperti hari-hari saya seminggu yang lalu, biasanya saya on Facebook. Dan perkara pertama yang saya nampak kat wall saya yang dia share ialah benda di bawah...


Bagi orang lain mugkin tak rasa apa-apa. 
Tapi dalam situasi saya sekarang ni, saya sendiri - SEBAK. 
Pagi-pagi Ahad dah nangis... tak suka tau... huhuhuhu.
(tapi comel pulak Tengku Adil ni kan bila banyak kali rewind.. heheeh)

To En Abang ----> Caiyokk.. caiyokkk!!!


~~~putihliLiNN~~;~{{@

Saturday 8 December 2012

TANDA (tangan/kenangan/minta penangan)


Petang semalam saya pergi bank nak buat kad ATM baru. 
Ye.. kad lama hilang untuk yang ke berapa kali tak ingat. Memang dah banyak kali hilang, tapi selalu jumpa balik. Ini dah tiga hari kad tak datang balik. Agaknya memang dah sampai ajal kad tu kot sebab kalau dilihat dari rupa parasnya, sungguhla menyedihkan. Ada kesan terbelah sikit. Dahla design lama. Mana taknya , buat masa zaman dekat UM dulu.  Kadang-kadang ATM machine pun reject kad tu keluar balik. Hahaha.. kelakar. Banyaklah jasa kad tu pada saya 'walaupunnn'.  Alah, kad plastik pedehall.. yang penting nilai $$ dalam bank (awal bulan) ye tak? 

Alkisahnya banyak cengkadak officer bank tu. Nak buat kad baru je pun. Bukan suruh buat cawangan bank baru. Ada ke memula tu dia suruh buat jugak kat branch awal yang saya bukak akaun ni dulu. APEKAH? Dulu saya bukak akaun kat UM. Takkan saya kena pergi UM jugak? Gemas dengan UM ni 2 minit barangkali? 

Setelah bincang punya bincang, sketsa telefon bos dia punya bos .. 
Kenapalah diorang ni suka susah lagi menyusahkan. Memang macam ni ke prosedur semua bank kat Malaysia ni?

En. Abang: Kalau kita kat Kelantan macam mana?

Saya: (pandang En. Abang sambil kerut dahi..)

En. Abang: Yang, kalau kita kat Kelantan? Takkan nak suruh kita buat kat KL jugak?

Saya: (Geram) Kenapa Kelantan?

En. Abang : Yelah, Kelantan kan jauh..

Saya: Yang, kenapa tak cakap Perlis ke.. Sabah ke.. Sarawak ke.. berbaloi la jauh. Kita sekarang tinggal kat Gemas la.. Bukan beza sangat Kelantan- KL dengan Gemas-KL..

En. Abang : Ohh ye ke. Bagi saya Kelantan tu jauh. (senyum- senyum)

Saya : Iye jauh kalau kita duduk JB lagi. Isshhh..

Ha.. kan dah ada sketsa laki bini bergaduh pulak sementara nak tunggu officer tu keluar masuk bilik, telefon sana sini.. 
Dipendekkan cerita akhirnya officer tu kata boleh buat, lepas dia dapat sample dari UM. Fuhh.. siap ade sample2 macam CSI pulak. Gasak kau le. Janji boleh buat.

Officer : Tapi Puan, kita tak boleh buat jugak sebab sign puan kat sini tak sama...

Saya: (Cuak) Tak sama macam mana? Minta tengok..

Nak tergelak saya tengok sign saya yang dia tunjuk pada 'sample' dari UM tu. Memanglah tak sama Kak ooii.. tu sign saya zaman student bersamaan 12 tahun dulu. Nasib baik officer tu baik hati dia kata saya boleh sign balik dekat form baru tapi kena sign yang sebijik macam sign 12 tahun dulu tu.

Saya: Ini sign saya dengan bopren lama.. (gelak dan gelak lagi)

En. Abang dah geleng kepala dan rasa nak sekeh saya pun ada. Betul lah saya tak tipu. Tandatangan saya sekarang ialah gabungan nama saya dengan En. Abang.     LYNNFAHD    . 


12 tahun dulu saya mana kenal suami saya lagi. Boyfriend pun takde. Yang ada hanya lah Chenta Hati lama saya. Jadi 12 tahun dulu dan tahun2 sebelumnya , tandatangan saya adalah gabungan nama saya dengannnn   Chenta Hati lama saya iaitu .................








-_______-








dengan..... 








........... siapa ye......??? 









......... malulah........









........ ok ok........ jeng jeng jenggggggggg..................









.......................... tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
~ZAMANI SLAM CHENTA HATI LAMA KU~
- _____ -

Ngeh..ngeh.. 

Jadi saya pun berusahalah buat sign lama..
~~~~~~~~~~~LYNNAMAZ97~~~~~~~~
Kalau diterbalikkan----> ZAMANNY-L (kengkonon)..
Siap ada tahun kauuuuu... tahun 1997. Ye.. waktu itulah cinta ku mula berputik.. hewhewhewwww... kahhhhhkahhh

Saje je tau mengimbas kenangan lama ahkak.. Bengang  je En. Abang tengok saya masih senyum-senyum simpul dalam kereta. Penat En. Abang berkejar dari office semata-mata nak hantar saya pergi bank. Lepas tu balik bini buat muka blushing mengimbas zaman percintaan silam. Hahahaha.. 


Moralnya, createlah tandatangan anda seindah-indahnya. 
(sesi mengumpat: En. Abang punya sign ada dua ekor burung kakak tua tau... kahkahkah)

Kalau pun anda nak mengabadikan kenangan bersama orang yang disayangi dalam tandatangan, fikirlah banyak kali. Saya terfikir jugak, nasib baik Zamani. Cinta di alam fantasi. Kalau buatnya dengan boifren lama yang mungkin kita dah benci amat sangat, kan satu malapetaka besar nak ingat balik nama dia kalau kad ATM hilang. Hehehe.. 

And for you En Abang,
No matter what, till the end,
 u are the one i love the most now , foreverrrrrr and everrrr..... 
as u are the one who keep on filling my bank account.. (eh).


~~~putihliLiNN~~;~{{@

Thursday 29 November 2012

Pilot

Bismillahirrohmanirrohim...


Menjelang 2013 tergerak pulak hati nak sambung blogging.

Ni semua gara2 terpengaruh with Kikin Za la ni. Tengok blog baru dia yg telah buat 'new facelift'. Hahaha.
Jeles ahkak...


Jadi sempena nak masuk tahun baru ni , blog pun serba baru. Tang blog tittle tak boleh blah.. hahaha. Nak jugakkkk pelangi. Hambikla sangat.



Tengah bersabar tunggu 'the talented dysha' buat magic. Tolongla ahkak make up sikit blog ni walaupun i sorang je baca. Wakaka. Harap2 lepas ni akan lebih bersemangat untuk menulis. Bersemangat + berdisiplin. Wuhuuu. Insyaallah amin..



~~~putihliLiNN~~;~{{@