5.Preview dan save!

Wednesday, 30 January 2013

Melaka yang Tak Bosan...

Ada ke yang pernah bosan melawat Melaka?

Masa sekolah-sekolah negeri yang wajib cikgu-cikgu bawak rombongan gerenti Melaka. 
Bagi saya melawat Melaka biarlah seratus kali pun takkan bosan macam sekali bila pergi melawat Johor.
Errrkk matiklah statement mengata negeri sendiri. Of course I love Johor. Johor negeriku. Muah muah..

Maksud saya, Melaka ni banyak tempat yang boleh dilawati. 
Nama pun negeri bersejarah. Rasanya sehari tak cukup. Sepanjang jalan kiri kanan ada je tempat yang saya rasa nak berhenti. Nak-nak kat kawasan Bandaraya Melaka. Lagi best round jalan kaki. Ada je tempat nak singgah.

Pernah sekali dulu dengan En Abang ingat nak jalan-jalan je kat Dataran Pahlawan seharian. 
Kan ada banyak mall kat situ. Pastu dekat dengan kawasan Menara Taming Sari tu kan. Jalan kaki sampi A Famosa dan bangunan Stadthuys. Tup-tup tak puas meround, sanggup check in hotel malam tu jugak . Tak plan pun. Dengan tak bawak baju spare . Punyalah seronok tak ingat. Berdua je pun jadik.

Sejak duduk Gemas rasa Melaka tu dekat je.
 Kalau ikut jalan dalam (lah sangat) sejam rasa boleh sampai dah. Tapi tu lah, kengkonon bizi sangat. Dekat pun takde makna.

Noin datang Gemas hari tu dengan 'Cik Maznah' nye..
 Kebetulan dia ada buat appointment dengan service centre dekat Melaka. Menggunakan alasan nak survey tempat servis tu, kami pun bergerak ke Melaka bawak 'Cik Maznah'. Boleh la kami berkenal-kenalan.

Oh ye.. En Abang pun ikut sekali. 
 Ha'ah kitorang sampai Melaka dah petang. Keluar rumah lewat sebab masing-masing leka tengok Runningman. Kahhh!

Memang aim nak pergi Dataran Pahlawan lagi. 
Parking punyalah penuh, last-last parking kat one of the mall kat situ. Entah apa namanya. Tapi Noin teruja sebab mall tu ada Chatime. Hadoiii... kat edeled dulu pun dia asyiklah promote Chatime kat saya.

Jangan kata ahkak yang paksa pakai sedondon ye.
Dia yang amik baju sendiri dalam cupboard.
Pastu ahkak jerit dari jauh " Eh, Abang pilih baju kaler sama ngan kita ke?"
Bengang je member... hahaha

Lagi-lagi Noin suruh saya rasa Chatime perisa rumput kegemarannya.
 Dia je lah kata sedap. Ahkak tak suka okay? 
Nasib dia pilihkan perisa hazelnut kat En Abang.
 Share je ngan En Abang.

Dalam kereta lagi asyik sebut nak ke Jonker Street.
Siapa? Budak kat depan Hard Rock tu lah..!
Lepas tu boleh tanya... " Long, Hard Rock ni sebenarnya tempat apa..?"
Ahkak pun berkerut sejenak.. lantas berkata " Entah, Along pun tak tau,"
Sah, dua-dua peghak! HAHAHAH

Jonker Street memang happening. 
Masa saya pergi dulu, mungkin tak kena hari, tak banyak gerai-gerai macam hari ni. Punyalah ramai manusia. Dia ala-ala Petaling Street . Banyak jual barang-barang unik tapi kebanyakannya kraftangan. Best jugak  cuci-cuci mata.

Keychain dawai handmade dan foto-foto lama Bandaraya Melaka.
Tak beli pun...

Sibuk cari keychain untuk Cik Maznah. Keychain setan jemblo macam tu yang diminatnya. Borong.
Sebelah kanan tu keychain jugak. Macam-macam binatang ada. Cik Maznah dapat binatang cicak . Besar bagak. Mengucap agaknya Babak bila tengok esok.
Haaaa yang ni sendiri mau ingat laa...
Babak cakap apa Dik?? Dia masih mengaku anak tak?
Ni bukan kat Melaka.
Ni singgah makan kat Tampin on the way nak balik.
Lepas puas  berjalan, haruslah kebulur. 
Hajat nak makan kat Hafiza Seafood Tampin tak kesampaian sebab tutup pulak hari Ahad . Anur pun boleh tahan jugak . Laparlah katakan. Tak kira apa dah.

Tengah: Tom Yam Pok Tek yang memang tak boleh lawan Hafiza.
Dari atas kanan: Cendawan goreng rangup Noin teringin, sup ekoq wajib  En Abang
Dari bawah kanan: Nasi goreng kerabu ikan masin heaven Ahkak , kueteow hailam Noin teringin jugak.
Lepas masing-masing kekenyangan, baliklah semuanya kami ke Gemas. 
Eh, kata nak service Cik Maznah?

Esoknya saya berdua dengan Noin sekali lagi ke Melaka.
 Tempat servis kat Taman Malim Jaya . En Abang awal-awal lagi taknak ikut sebab nak sambung tengok Runningman kat rumah. Member ingat hari tu kerja. Beriya-iya bersiap pagi-pagi lagi nak pergi kerja. Tak sampai sejam dah terpacak depan rumah bagi salam. Tulah, orang cakap cuti Thaipusam tak percaya. Semangat bekerja lah sangattt.. Tapi Melaka tak cuti pulak. Dalam perjalanan nampak budak-budak balik sekolah. Jalan jangan cakapla kemain banyak kereta.

Weewittt weewittt nampak tak Cik Maznah  tengah terbang.
Kat sebelah tu penunggu setia hampir dua jam. Arghh tensionn..!

Gambar kanan bawah sekali:
Noin: Long, dah la tu.... tak segan ke amik gambar banyak-banyak..
Saya: Ala biarlahh...... nak segan apa. Pedulik..

Alamak alamak... Noin sudah mula perasan aktiviti cammy tegar saya. 
*bijik mata ke atas, mulut bersiul kecil*

Seronok apa!  > ______ <

To Kikin... wish you were here .. XOXO.
*tampal setem kat poskad*

~~~putihliLiNN~~;~{{@

2 comments:

kikin said...

aaaaa....x best..gi umah org kawen lg best,,,,,sobs...

putihliLiNN said...

tulaa... jeles aku...
dapat tak poskad kitorang?
ahaks..