5.Preview dan save!

Sunday, 9 December 2012

SEBAK

It's Sunday morning. 
Boleh imagine tak hari yang ceria macam ni kena tengok suami sendiri siap-siap pergi kerja. Hadoi. Sungguh tak best rasa itu. 

Semalam baru teringat sebelum cuti sekolah hari tu 
my boss ada bagi satu invitation card wedding anak dia. Dekat Dewan Rumah Media Melaka. Nyaris terlupa sebab baru teringat malam tadi. Geledah handbag cari kad balik. Memang betul lah Ahad iaitu hari ni. Hati sangat teringin nak pergi sejak mula-mula dapat undangan lagi. Satu - sebab dah lama tak pergi wedding. Dua - sebab wedding anak boss kan... family Dato'  majlis mesti grand... :) . Tiga- sebab buat di Melaka. Dekat dan maybe ada peluang nak jalan-jalan Melaka. Hmmm nampaknya berangan jelaaaahhhhh..... :'(


Bulan Mei lepas ada satu jemputan wedding kerani kat office. Itu pun tak dapat pergi jugak. Sebenarnya salah saya, silap tengok tarikh pada kad. Ke sebenarnya tak tengok. Orang tu kahwin Sabtu. Konpiden ingatkan Ahad. Saya dengan En Abang kemain dah bersiap-siap. Dah masuk kereta dah pun. Bila En Abang bukak balik kad nak tengok peta rumah, barulah sedar majlis semalam. Hahaha lawak hari minggu. Puaslah kena bebel dengan dia. Sudahnya laki bini  pergi  kedai mamak carik nasi beriyani. Kemain cantik dressing memasing makan kenduri kat kedai mamak. Hahahaha...

Agak-agak bila dah tinggal kat Gemas ni berapalah kebarangkalian nak dapat jemputan lagi. Kawan-kawan kat sini dahla 10 x lebih sikit dari kat JB. Kenapalah JB tu jauh sangatttt... huhuhu.... 


En Abang sejak tempat kerja bertukar management ni rasanya belum pernah ambil cuti lagi. Jangan kan cuti. Sabtu Ahad pun main langgar je. Dulu masa saya belum cuti, tak rasa sangat sebab weekend ialah hari saya nak berehat. Jadi kalau dia kerja pun saya lagi suka tak kisah.   Nasib baik awal cuti hari tu dua minggu saya kat Adelaide. Seminggu lagi saya stay kat JB. Kalau tak mesti dah muntah mengadap internet, TV. Ni pun rasa nak muntah dah ni.

En Abang: Awak sokong saya tak ni?
Saya: Sokong...
En Abang: Kalau sokong, tak cakap pun caiyokk.. caiyokkk..

Dialog minggu lepas yang masih terngiang-ngiang. Hmm.. yelah. Sokonglah ni. Kalau tak, pagi tadi saya dah campak kunci rumah dengan kunci kereta dalam lubang toilet. Haha keji.  Saya tahu dia sedang kerja keras dan sememangnya dia seorang yang workaholic. Saya patut bersyukur sebab nampaknya dia seronok sangat dengan management baru tu. Lebih bersemangat dia bekerja. Bukan ke sepatutnya saya kena faham dan bagi dia sokongan kuat dari belakang..? Kan.. kan??? 

Yang buat saya sebak hari ni bukan sebab tak dapat pergi jemputan kahwin. Tapi lepas En Abang pergi kerja, seperti hari-hari saya seminggu yang lalu, biasanya saya on Facebook. Dan perkara pertama yang saya nampak kat wall saya yang dia share ialah benda di bawah...


Bagi orang lain mugkin tak rasa apa-apa. 
Tapi dalam situasi saya sekarang ni, saya sendiri - SEBAK. 
Pagi-pagi Ahad dah nangis... tak suka tau... huhuhuhu.
(tapi comel pulak Tengku Adil ni kan bila banyak kali rewind.. heheeh)

To En Abang ----> Caiyokk.. caiyokkk!!!


~~~putihliLiNN~~;~{{@

No comments: