Entry ni dibuat ikut-ikutan blogger lain yang nak mengabadikan tarikh istimewa ni dalam blog masing-masing.
(sungguh kau ni lalang, Linn..)
Rasanya banyak event yang berlaku hari ni.
Kahwin, tunang, declare couple maybe.. birthday of course. Cerai.. (nauzubillah...)
Holiday, shopping, celebrate on something, dapat baby....
Seronok eh?
Saya?
Hari ni sejak pagi lagi saya mengumpul kekuatan untuk... menarah Gunung Kinabalu.
Gunung Kinabalu tu ialah kain-kain yang telah En Abang basuh , jemur dan kumpulkan dalam bakul. Tengok dari jauh, jumlah kain yang menggunung (di luar bakul sama besar sekali ganda lagi dengan saiz bakul sebenar).
Kalau dibilang hari, ada dalam sebulan kot kain kat rumah ni tak berlipat. Itu termasuk dari dua minggu saya kat Adelaide, seminggu kat JB, seminggu saya dok kat umah ni pandang je.. dan akhirnya hari ke tiga dalam minggu keempat akhirnya doa En Abang dimakbulkan.
Hatiku telah terbuka untuk melipatnya. Syabas!
Kerja2 laundry dalam rumah ni 100% adalah tugas En Abang. Dengan alasan saya tak tau nak operate washing mashine. (sebenarnya malas. kat JB bukak paip je pastu tinggal. kat sini nak kena jaga air paip. kosser ahkak..) Untuk naikkan semangat En Abang, saya akan bagi pujian melambung like.. ' eh ehh wangi betul kain Abang basuh. Saya basuh tak boleh wangi macam ni..' -Ala-ala iklan sabun basuh dalam TV. Pastu selalunya kalau sempat En Abang jugaklah yang akan jemur kain-kain tu sebelum pergi kerja. Tugas saya.. lipat dan susun kain . Saya suka lipat kain sebab boleh lipat sambil duduk depan TV. Amalan ni saya dah praktikkan sejak zaman sekolah lagi. Kalau saya nak tengok TV dengan aman, tanpa dengar pekikan Mama suruh saya baca buku , saya akan lipat kain depan TV. Dulu Mama tak marah pun saya lipat kain sebakul ambil masa dua jam ngam-ngam cerita kat TV habis. Pelik tapi baguslah. Heh heh..
Sekian sahaja cerita saya pada tarikh yang bersejarah ni. Lepas selesai lipat dan susun kain, saya tengok TV, facebook, masak, update blog ni dan sekarang pukul 10.55 malam. Tukang basuh kain belum balik lagi. Hmmm..
~~~putihliLiNN~~;~{{@
1 comment:
aku ade alat lipat kain teknologi jepun..nak x?
Post a Comment