5.Preview dan save!

Sunday, 9 December 2012

Nur Amina Fateha

Kebetulan cuti panjang , lepas balik Aussie tetiba mulut ni ringan offer nak tolong jaga Teha kat Mama.
Teha ni anak Kikin. umur baru 1 tahun 4 bulan. Kebetulan adik ipar Kikin yang selalu jaga Teha bercuti. Yelah, kalau tak Mama n Babak yang kena jaga. Diorang tu nanti sibuk nak gi kelas la, ada kenduri la, nak gi jogging la. Tanpa berfikir panjang, saya menadah diri. Dan tanpa berfikir panjang, En Abang terpaksalah tunggu saya lagi seminggu. Hahaha... isskk isskk... huhuhuhuhuhu..

Saja nak tulis entry pasal Teha bukannya apa. Banyak perkara comel + kelakar + adventure yang berlaku sepanjang dengan dia. Yelah, saya manalah ada pengalaman macam ni.

Antara habit Teha:

1. Naik motor titit dengan atok lepas mandi pagi dan pakai baju cantik. ( motor titit - titit tu bunyi hon motor tu la.. titt tittt )

2. Selalu jerit - nak jajaaaaaannn!!! - suka sangat makan jajan. Bangun tidur celik mata pun minta jajan. Kegemaran Teha ialah:
Keropok kacang peas, maruku, dan apa-apa sahaja kerepek

3. Sangat suka makan JAGUNG.. Teha panggil AGOMM!!

4. Suka nyanyi lagu Buai Laju-laju dekat buai.
(Ada satu hari .. oleh kerana semua orang dah letih sangat melayan keletah dia, dah start mintak yang bukan-bukan. Muka mengantuk tapi masih nak main. Bapak dia tengah makan. Jadi Mama geram masukkan dia dalam buai. Menjerit-jerit tak nak. Makin Mama buat tak reti hayun dia kat buai tu, makin kuat dia menjerit menangis sampai nak keluar anak tekak. Sampai Mama pun surrender keluarkan dia bangunkan dia dari buai tapi dalam keadaan dia masih duduk kat buai tu. Tiba-tiba dengar bunyi suara dia nyanyi...

Teha: Buai...... Ajuuu... Ajuuu... (intonasi dalam sebak baru lepas nangis tadi)

Mula-mula semua orang tergamam.. Bapak dia kat meja makan. Mama depan buai. Kikin dekat dengan Mama. Saya berjalan ke arah buai sebab dengar suara Teha. Pastu kitorang sama-sama gelak. Sambil-sambil tu kesat air mata masing-masing sebab sedih. Haha kelakar ke sedih cerita ni? )

5. Kalau malam , dia tak tidur buai. Tapi dia nak tidur tu kena dapatkan angle yang betul baru boleh tidur. Nanti dia terpusing-pusing atas karpet ke, atas sofa, atas katil, mana-manalah yang perfect hanya dia je tau sambil ada orang gosok-gosok belakang. Amboihhh lemak..

6. Suka lagu Alif Ba Taa... 123 Sayang Semuanya yang saya bukak kat You Tube.
 Lepas tu kena ulang 100 kali. 
Waktu Maghrib, wajib bukak. Teha nak mengaji. 
Lepas tu bergaduh nak main keyboard dan mouse desktop Babak. 
Pandai pulak tu nak kena tekan mana.

 

(Dia paling suka bila budak kecik tu kata 'Nasyid tu sedappp!! ' ... 
Bagi Teha budak tu cakap Nasik tu sedappp!! )

Hmm itulah antara habit dia yang dapat di ingat balik. Perangai lain yang tak tertulis di sini memang banyak. Sampai tak terasa 7 hari tu kat rumah Mama. Ada je keletah bila melayan dia. 

Niat hati nak buat photo shoot kat dia. Dress up cantik-cantik nak suruh dia pose ke. Huhhh.... Susah. Budak kalau dah jenis tak boleh duduk diam, bila orang hala kamera kat dia suka sangat bergerak . Hasil gambar selalunya blur. 
Pose muka terseksa ...


Saya rasa Teha ni sama ngan satu karakter kartun tu. Kejap Gugel jap.

I
I
I
V

Ni haaaa...... hahahahahhaa sewsuwaaiiiiii!

~~TAZMANIAN DEVIL~~

Tapi versi comel la. Kesian dia, Aunty cakap dia Tazmanian Devil. Tulaa... aktif sangat. Tak reti duduk diam. Kalau letak tangan kat dada dia , kita boleh rasa jantung dia berdegup lajuuuuu gila. Waktu dia tidur je jantung dia relax sikit. Tula Kin, suka sangat bagi dia makan gula.



Nur Amina Fateha..... Aunty geram tahu??


~~~putihliLiNN~~;~{{@

2 comments:

kikin said...

Nur Amina Fatihah la....

putihliLiNN said...

Ohhh sudah tukar ka? HAHAHAHA