5.Preview dan save!

Thursday, 27 December 2012

From Adelaide with Love Vol 2 - Verangans


Cerita pasal Aussie lagi. Tahan jela ye.. 
Ada satu hari Noin nak pegi kelas pagi. Housemate dia Rosnah dan Mariam pun pergi jugak 
(tradisional betul nama bebudak dalam rumah .. Noor Aini, Rosnah, Mariam..sweet..) 

Malam tu tetiba Noin cakap " Along nak ikut tak? Nanti Along duduk je dalam computer lab tunggu sampai Noin habis kelas . Nak ikut Noin masuk kelas pun boleh. "

Saya jawab " Nakk... Nakk.." .
 Aik laju je tanpa berfikir. Maybe Noin pun terkejut. Haha. Bukan apa. Teringat zaman student dulu pernah seludup En Abang masuk dalam lecture hall.  Kelas yang ramai orang la. Kalau bawak masuk dalam kelas tutorial , ada yang semput menjawab nanti. Sama ada saya yang semput menjawab kenapa bawak orang luar masuk. Atau En Abang yang semput menjawab kertas tutorial. Hahaha

Pagi-pagi sama-sama dengan diorang bersiap ke kelas.
 Excited betul ahkak. Tunggu bas dekat dengan rumah. Siap lari-lari lagi kejar bas. Adoiii.. ahkak ni dahla 10 tahun beza ngan diorang. Tapi seronok oii... 

Sampai UniSA duduk dalam computer lab je. 
Malas pulak nak ikut masuk kelas. Sebenarnya dah sampai sana barulah rasa malu. Dasar ! Hahaha... Dalam duk menunggu tu ada nampak ramai student Malaysia merangkap kawan-kawan Noin. Semua pandang senyum-senyum. Ingat semua senyum nak greet saya, rupanya masing-masing ingat saya ni Noin. Siap ada yang hampir peluk dari belakang. 
Ohh lawak apekah..?



Verangans kengkonon student jugak. 
Puas posing sekitar UniSA dan Universiti Adelaide yang hanya beberapa langkah. Jadilah kan..

Tentang my outfit , Noin dah pesan sebelum keluar rumah, " Pakai remaja-remaja sikit tau Long.." 
Okay.... remaja tak?? ... Kah kah... Puiii..!!

Oh .. kenalkan... student sebenar...
(Elehhh.. tak nampak remaja pun.. Remaja lagi ahkak.. :p)


Lepas lunch kat city, kami decide untuk balik rumah terus. Baik kan?
Itu pun selepas puas camwhoring around Adelaide City. Ok..tak around sangat la. 
Sepanjang perjalanan ke Railway Station hinggalah ke rumah je.
Merasa lah akak naik tram dan train kat sana dalam kejakunan...


Statement yang mengatakan muka kami sama adalah tidak benar sama sekali.
 Pelissss...!!


Tu je . Nak tidur. Bai.


~~~putihliLiNN~~;~{{@

No comments: