Saya ke yang ketinggalan lrt ni? ( haha perumpamaan bajet selalu je naik lrt..)
Semua orang dah tengok ke cerita Cinta Halal? Saya baru je tengok tadi.
Tengok pun sebab tiap kali bukak Youtube nampak kat 'Recommended for you'. Sebenarnya lama dua tiga hari perasan, tapi buat tak reti je .
Tadi agaknya boring sangat layan FB. Mula-mula tak nak pun bukak cerita ni. Belek-belek video lain. Rasa dalam hati apebendalah cerita ni . Terbayang filem Anak Halal bila baca tajuk dia.
Tapi ada nampak muka perempuan berhijab pulak. So cepat je buat kesimpulan ni mesti Anak Halal versi ala-ala Islamik .
Dah lama sebenarnya tak nampak Nur Fathia berlakon. Ala satu je pun cerita dia yang saya ingat.. yang jadi buta tu (tak ingat pulak tajuk..). Terus ahkak tutup TV. TV pun bosan tengah-tengahari asyik jelah main drama 90-an.
Yang spoil hero cerita Fahrin. Haduuuuu... again i tak minat. Tapi berdasarkan watak kena lah Fahrin yang bawak. So .. dimaafkan.
Cinta Halal ni kisah seorang perempuan yang biasa-biasa
(tinggal dengan mak dan adik.. ayah dah berpisah dengan mak tapi ayah selalu datang minta duit nak bayar hutang along). Tapi family perempuan ni (Nur Fathia sebagai Ismi) tak adalah macam tipikal cerita Melayu ... miskin ke apa. Biasa-biasa je tapi tak kayalah. Asyik berhenti kerja sebab selalu bergaduh dengan orang. Pendek kata dia ni kasar macam tomboi.
Mak dia ( adik Ogy) terpaksa pujuk bos tempat kerja mak dia supaya ambil Ismi ni kerja. Tapi Ismi kena pakai tudung dan behave macam perempuan yang lemah lembut, bersopan, berhemah... of course la kerja ofis kan. Seperti biasa Ismi terpikat dengan anak bos (Fahrin) yang serius, agak warak dan mempunyai bakal tunang yang kononnya ala muslimah sejati pilihan keluarga. Maka berlakulah adegan Ismi menackle bosnya sendiri dan pelbagai konflik yang berlaku antara mereka, pejabat dan keluarga. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Hahahaa... silalah tonton sendiri ye ...
~~~~CINTA HALAL~~~
Saya bagi 5 /5 bintang bagi cerita ni.. (sesuka hati je bagi bintang... blog i kann?)
Ini adalah telemovie yang wajib tonton sebab sangat best , keluar dari versi drama Melayu yang biasa. Watak-watak dalam cerita berbeza.. contohnya.. selalu tu kalau watak baik... dia punya baik tu sampai kita rasa nak cekikkkkk je dia sebab baik tapi bodoh. Selalunya lah kan.. kalau heroin ke hero ke.. baik tak bertempat. Tapi cerita ni macam Ismi mula-mula kasar, lepas tu berhijab.
Walaubagaimanapun lepas berhijab takdelah tetiba dia berubah karakter terus. Dia masih lagi dia.. masih kasar dan tomboi tapi bijak .
Hero pulak memang dari awal anak orang kaya yang baik, agak warak,
tapi lama-lama selepas pelbagai usaha yang Ismi buat dan dengan takdir Allah, dia boleh menerima kekurangan Ismi walaupun sebelum ni jalan hidup dia straight je .
Paling suka dialog Fahrin masa berdoa lepas solat.. " Ya Allah, aku terlalu angkuh selama ini menginginkan yang sempurna. Kerana aku riak diri ini cukup sempurna. Aku lupa tidak ada siapa pun dalam dunia ini yang sempurna selain diri-Mu... YA ALLAH.. "
Huiihhh dalam tu. Ingatan untuk diri sendiri dan yang membaca entri ni.
Selalunya kalau kita bercakap soal ciri-ciri suami/isteri pilihan, bukan main kriteria semua yang hebat-hebat belaka. Macam watak hero/heroin dalam novel cinta/filem.
Jangan nanti bila dah kahwin, dah nampak kekurangan pasangan, kita jadikan alasan untuk berpisah pulak. Memang tak ada manusia yang cukup sempurna selain Rasulullah. Dan yang paling sempurna -
Allah Maha Pencipta.
Sebab itu, cubalah belajar untuk terima pasangan kita seadanya. Kerana di sebalik kekurangan tu mesti ada banyak good qualities yang kita lupa yang menyebabkan kita tertarik dengan dia masa mula-mula bercinta dulu. Ececeh.. macam Kak Seri Siantan pulak.
Sudikan menonton dan ambillah iktibar... haaa dan lagi satu ada lagu Melly Goeslow- Lelaki Idaman. Lagu i masa zaman bercinta dengan En Abang dolu-dolu.. harussslahh!
" Nak cincin......... " ......... " Berjaya.. !!" "Yes! Yes!!"
~~~putihliLiNN~~;~{{@
3 comments:
lerr..ko br tengok ke? keretapi arang batu tul la...
ate? lupa nak bakor arangnye Poh...
Lagu indon yg best tu apa tajuk dia ek? Penyanyi lelaki
Post a Comment